Sunday, 16 January 2011

Serah RM200 elak diperkosa drebar teksi

Berdasarkan kejadian ini, saranan kerajaan untuk mewujudkan teksi khas untuk wanita adalah disokong 110%.

 

KUALA LUMPUR: Bimbang diperkosa, seorang wanita berusia awal 20-an menyerahkan wang tunai lebih RM200 dan telefon bimbit miliknya kepada seorang pemandu teksi selepas lelaki terbabit mengugut mahu merogolnya, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di Bukit Bintang, di sini, pemandu teksi berusia lewat 30-an itu mendakwa mahu merogol mangsa kerana tertarik dengan kecantikannya.

Menurut sumber, mangsa yang baru pulang dari bekerja diugut suspek sebaik memasuki teksinya.

“Mangsa yang bersendirian dan panik dengan ugutan itu merayu berulang kali supaya tidak diperlakukan demikian.

“Pada mulanya suspek tidak mengendahkan rayuan itu sebaliknya berkeras untuk membawa mangsa ke tempat sunyi dan merogolnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mengugut membunuh diri dalam teksi berkenaan membuatkan suspek terdiam seketika.


Sambung baca di:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SerahRM200elakdiperkosadrebarteksi/Article/index_html

Safee Sali PERLU INGAT!

Sambutan Wira untuk Safee Sali di kmpung halamannya
Tahniah kepada Safee Sali yang berjaya menjadi penjaring terbanyak AFF 2010 dan sekaligus membolehkan Malaysia menjulang piala tersebut buat julung kalinya.

Hasrat beliau untuk bermain di luar negara adalah sesuatu yang dialu-alukan, tetapi kalau boleh janganlah ke negara yang mempunyai masalah dengan Malaysia.

Apa yang dirisaukan ialah penyokong Indonesia yang terlampau fanatik. Ingat Safee telah menyebabkan Indonesia menggigit jari terlepas menjulang piala tersebut walaupun telah 4 kali berjuang diperlawanan akhir. Dendam mereka masih membara, seperti Gunung Merapi yang memuntahkan laharnya.

Kalau mereka menyambut Safee dengan lontaran bunga, waimma dengan bunga tahi ayam sekalipun dah kira bagus, takut-takut yang dilontarnya batu, boleh jadi buluh runcing, siapa yang tahu. Ataupun mereka gunakan laser seperti yang mereka gunakan kepada semua pasukan yang bertanding di AFF, pun kita tak tahu.
Safee Sali
Pilihlah negara yang lebih baik mutu bolasepak mereka, seperti Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi, Iran, Jordan atau negara2 Eropah Timur.

JANGAN IKUT HATI, JANGAN IKUT KATA, IKUTLAH NASIHAT DAN FIKIRAN YANG WARAS 

Saturday, 15 January 2011

Umat Islam ditegah hina agama lain

Berita Munggu-2011/01/16

(Rasionalnya, kalau kita pun sama-sama menggunakan perkatan caci-maki, mencela dan menulis berbagai-bagai yang menyakitkan hati, kita pun serupa dengan mereka.
DENGAN PERKATAAN LAIN KITA SENDIRI YANG MENJATUHKAN TARAF DAN DARJAT UGAMA ISLAM. BAGAIMANA KITA HENDAK BERDAKWAH, DENGAN MENYATAKAN ISLAM ADALAH YANG TERBAIK, SEDANGKAN KITA MENGIKUTI SIKAP MEREKA YANG TAK BAIK)

PERKEMBANGAN terbaru yang menyaksikan laporan di media mahu pun di internet yang menghina agama Islam amat mengguris hati. Bahasa yang kasar, kesat dan penuh caci maki menjadi hiasan tulisan. Sudah tentu tindakan ini akan mengundang tindak balas yang serupa bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Saya ingin mengajak pembaca untuk menilai apakah Islam membenarkan agama ini dihina? Adakah Islam juga membenarkan agama selain Islam dihina?

Dasar Islam yang pertama adalah al-Quran. Maka rujukan kepada kitab suci itu mendapati bahawa al-Quran tidak membenarkan mana-mana agama dicaci dan dihina. Wahyu al-Quran menyatakan mafhumnya: Dan janganlah kamu semua mencaci dan mencela tuhan-tuhan yang diseru selain daripada Allah. (Surah al-Anaam:108).

Sebagai Muslim, sudah tentu kita berkeyakinan bahawa Islam adalah agama yang benar. Begitulah kefahaman penganut agama lain yang masing-masing berkeyakinan juga bahawa hanya agama mereka yang benar. Keyakinan mengenai kebenaran agama sendiri adalah fitrah. Mana mungkin sesuatu diyakini kebenarannya jika diragui asasnya.

Namun, keyakinan bahawa Islam adalah benar bukan hujah dan alasan untuk menghina agama lain. Oleh itu, Islam tidak menggunakan cacian, maki hamun dan penghinaan sebagai medium untuk dakwah. Sebaliknya al-Quran menyeru agar dakwah dijalankan dengan tiga cara; hikmah (kebijaksanaan), nasihat yang baik dan dialog yang lebih baik.

Tiga kaedah ini dinyatakan dalam wahyu al-Quran mafhumnya: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdialog dengan mereka dengan cara yang lebih baik. (Surah an-Nahl:125). Al-Quran menggunakan pendekatan nasihat yang baik. Apabila disebut lafaz yang baik, sudah tentu ia membawa maksud mengenai cara memberi nasihat dan lafaz yang digunakan. Apakah lafaz caci maki termasuk dalam ungkapan nasihat yang baik? Sudah tentu tidak.

Saranan al-Quran agar berdialog dengan bukan Muslim adalah dialog dengan cara lebih baik. Cara ini menuntut kaedah dialog, bahasa dan penyampaiannya dalam suasana yang baik. Oleh itu, amat sukar untuk menemui catatan silam menunjukkan Nabi SAW menghina agama lain.

Menurut catatan dalam tafsir al-Qurtubi, asalnya Nabi SAW pernah mencaci berhala sembahan masyarakat Arab Quraish. Namun tindakan Baginda mengundang reaksi yang sama iaitu cacian terhadap Allah Azzawajalla. Maka nas al-Quran ayat 108 surah al-Anaam diwahyukan sebagai perintah agar cacian terhadap agama lain mesti dihentikan. Maka itulah yang menjadi dasar Islam.

Saya yakin mungkin ramai Muslim yang akan bertindak balas dengan mewujudkan laman web, Facebook dan sebagainya dengan tujuan untuk menghina agama lain. Tindakan ini atas dasar sensitif dan sayang kepada agama, namun kita mesti berwaspada untuk menjaga agama Islam. Sesungguhnya cacian dan maki bukanlah caranya.

Apakah hasil positif akibat cacian dan memaki ini? Ia tidak membuahkan kebaikan melainkan wujud perasaan benci di kalangan bukan Muslim. Rasa benci ini mewujudkan suasana yang tidak harmoni dan tidak aman dalam masyarakat.

Masyarakat menjadi keliru, takut dengan golongan yang berbeza agama, fobia kepada Islam dan wujud tanggapan negatif iaitu Islam adalah agama yang cintakan keganasan. Masyarakat bukan Muslim semakin jauh daripada Islam.

Oleh itu, hendaklah diambil tindakan yang wajar. Satu contoh menarik berlaku kepada Nabi SAW. Satu masa, beberapa Yahudi ahli kitab datang berjumpa Nabi SAW, lantas memberi salam. Namun ungkapan salam mereka mengandungi racun.

Mereka mengucapkan salam bukan dengan lafaz as-Salam yang bermaksud sejahtera tetapi dengan lafaz as-Saam, membawa maksud celaka, laknat dan mati. Itulah ungkapan mereka apabila berjumpa Nabi SAW. Isteri Baginda, Aisyah yang menyedari ungkapan salam itu menjawab dengan lafaz yang sama.

Namun tindakan itu ditegur Nabi SAW. Isteri Baginda bertanya adakah Nabi SAW tidak mendengar ungkapan salam mereka, lalu dijawab bahawa Baginda mendengar dan sudah menjawab dengan lafaz yang baik iaitu waalaikum. Lafaz ini bermakna dan ke atas kamu semua. Alangkah indahnya akhlak Nabi SAW.

Keindahan akhlak ini adalah manifestasi daripada roh yang menjiwai al-Quran. Tindakan golongan ini mencaci Nabi SAW tidak meruntuhkan nilai akhlak mulia yang tinggi yang memang sebati dengan Baginda. Ungkapan jawapan salam Nabi SAW memberi isyarat, tidak perlu diambil tindakan tergesa-gesa hasil provokasi orang lain.

Selagi tindakan provokasi tidak menimbulkan mudarat kepada Islam dan umatnya, ia hendaklah dibiarkan, namun teguran boleh diberikan.

Tindakan tegas wajar diambil terhadap individu yang menghina agama lain. Jangan biarkan cacian dan makian itu. Penghinaan dalam bentuk tulisan, kata atau tindakan merosakkan rumah ibadat apa juga agama hendaklah ditangani dengan tegas dan bijak.

Untuk bukan Muslim, jika ada yang sudi membaca, dasar Islam adalah jelas agar mana-mana agama tidak dicaci dan dimaki. Jika ada Muslim yang mencaci agama bukan Muslim, individu itu tidaklah mewakili Islam. Ia hanya dorongan untuk mempertahankan Islam tetapi tersasar daripada Islam.

Harga flet boleh mencapai RM200,000 satu unit.

HARGA  flet kos rendah dijangka meningkat kepada RM200,000  menjelang 2015.Berita Minggu-2011/01/16


HARGA flet kos rendah dijangka meningkat kepada RM200,000 menjelang 2015.

Jualan semula hartanah di pasaran terbuka diramal meningkat
(Jom kita gi beli flat sekarang, 4 tahun lagi untung 300% tuh)

KUALA LUMPUR: RM200,000! Itulah unjuran harga jualan semula sebuah rumah flet kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka, dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.

Berdasarkan laporan, unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4 peratus berbanding 2009.
Jualan flet baru di pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.

Namun, rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan mewujudkan sistem kawalan, pemberian subsidi serta pelbagai bantuan bagi membolehkan mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rumah sendiri, khususnya flet dan kediaman kos rendah pada harga amat istimewa.

Bagaimana pula dengan kelompok rakyat di luar kategori itu, iaitu mereka yang memperoleh pendapatan lebih sedikit daripada RM3,000.

Jika benar sebuah flet berharga RM200,000, ia pasti membimbangkan banyak pihak terutama pembeli baru yang majoritinya berusia bawah 30 tahun dan masih belum stabil kedudukan ekonomi mereka, termasuk kemampuan memiliki rumah sendiri, sama ada membeli unit baru atau terpakai.
Apa yang pasti berdasarkan rekod sebelum ini, harga rumah tetap meningkat setiap tahun berdasarkan statistik dalam indeks purata bagi rumah berharga bawah RM50,000 hingga lebih RM1 juta membabitkan flet kos rendah hingga ke kediaman mewah.

Mengikut indeks berkenaan, kenaikan paling tinggi direkodkan tahun lalu iaitu sebanyak enam peratus (RM11,082) berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata kenaikan harga juga membabitkan semua jenis rumah termasuk rumah kos sederhana (teres) dan kediaman mewah, terutama di bandar besar.

Ia berkait rapat dengan faktor tanah semasa, kos pembinaan, permintaan serta lokasi dengan trend pembelian hartanah yang bertumpu di kawasan bandar. Namun, harga rumah kos rendah masih dikawal pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dijual antara RM25,000 hingga RM42,000 mengikut lokasi, katanya.

Sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebanyak 28,850 unit rumah baru pelbagai jenis dan harga dibina dan 12,339 berjaya dijual di seluruh negara. Jumlah itu meningkat 42.8 peratus (5,281 unit) berbanding tempoh sama tahun 2009. Jumlah rumah sama dijual pada 2000, dengan harga purata RM140,112 tetapi mencecah RM197,022, tahun lalu.

Harga rumah akan terus melambung jika kediaman itu dilengkapi perkhidmatan kawalan keselamatan dan kemudahan kolam renang, gimnasium. Walaupun sentiasa meningkat, rakyat kena yakin untuk buat pelaburan hartanah rumah kerana ia salah satu pelaburan besar.

Contoh paling mudah, sebuah rumah flet yang dibeli di Petaling Jaya pada harga RM35,000 ketika 1990-an lalu, kini sudah meningkat kepada hampir RM200,000, katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan kadar kenaikan tahunan kira-kira tiga peratus, beliau yakin harga rumah di Malaysia masih pada tahap rendah dan tidak mengalami sindrom gelembung hartanah ketara seperti di Singapura dan Hong Kong yang mencatatkan kenaikan antara 50 hingga 100 peratus setahun.

Fateh Iskandar turut membandingkan harga kenderaan yang berubah mengikut purata masa dan susut nilai yang dianggap perkara biasa, tetapi jika harga rumah semakin merudum, ia membuktikan ekonomi negara tidak stabil.

Mengikut statistik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah jualan kediaman baru tahun lalu meningkat sebanyak 42.8 peratus (5,281) berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah 12,339 bagi semua jenis rumah.

Faktor peningkatan populasi akibat penghijrahan penduduk ke kawasan bandar juga menyebabkan permintaan terhadap kediaman baru semakin meningkat berbanding 20 tahun lalu dengan anggaran pertambahan populasi di kawasan bandar kini mencecah 60 peratus.
Yang nih untuk kita-kita aje
p/s: Jangan salah faham, itu flat/pangsapuri yang dibangunkan oleh swasta/pemaju. Untuk yang miskin dan berpendapatan rendah masih ada harapan dengan PPRT yang harganya dikawal oleh kerajaan, tak gitu.

Thursday, 6 January 2011

Perjalanan balik ke Selayang (Siri 1)

Masjid Kg Bukit Mangkuk
Kami check-out pada jam 12:20 pm. (Lupa nak beritahu, kami nginap di Riverview Hotel, 4*, tapi kami dapat package menarik, cuma RM120.00 sebilik sorang atau berdua, tanpa sarapan pagi, rate biasa RM238.00 untuk satu sarapan-sarapan orang kedua kena bayar RM28.00 nett-kira macam diskaun RM90.00/bilik/malam).

Kami cadang guna jalan pantai KB-KT-Jerangan-Jabor-LPT-Selayang. Sebab nak singgah di Bukit Tok Beng beli keropok lekor. Kami gerak dari KB jam 12.25pm. Selamat tinggal KB.

Pemandangan menarik sepanjang perjalanan walaupun dalam hujan. Setiba kami di kawasan Besut kami terpaksa menempuh dua tempat jalan yang dinaikki air, nasib baik boleh lalu, kalau tak kena pusing ikut jalan alternatif.

Kami singgah solat Dzuhor dan 'Asar di Masjid Kg Bukit Mangkuk (nasib baik  bukan mangkuk-hayun) pada jam 1.40pm dan selepas itu singgah di sebuah restoran lebih kurang 1km dari masjid tersebut, tepi pantai wooo! Lupa lak nama restoran tu, pasal sebok makan.

Siling Kubah Masjid Kg Bukit Mangkuk

Mimbar Masjid Kg Bukit Mangkuk
Semua order nasi ayam (sebab tu je yang paling cepat, kecuali seorang makan meehun sop), skali ada juga ICT di kedai tu.

Muka dah kenyang

Pemandangan hadapan restoran arah KB

Pemandangan hadapan restoran arah KT
p/s (ICT=Ikan Celup Tepung dan yang sewaktu dengannya)

Saya order 2 ekor udang galah laut celup tepung untuk isteri, cuma RM3/ekor, lepas tu order sepiring sotong celup tepong RM7/piring, pergggh... senak perut nak habiskan. Minuman saya order kopi tarik, lagi skali perggh, pekaaaaaaaatnya dan maniiiiiiiiiisnyaaaaaa! kena lagi double-up dengan 2 gelas air suam.

Sarapan pagi di Hayaki Kopitiam

Sarapan pagi kami gi ke Hayaki Kopitiam, nama jalan lupa lak, tempat yang ada hayaki kiri dan kanan jalan. Kami gi yang kanan jalan sebab senang skit nak parking.

Saya order teh tarik, 2 biji telor setengah masak dan 2 set roti bakar disapu dengan kaya, biasalah di Kelantan makanan dan minuman serba manis, jadi lepas tu kena double-up dengan dua gelas air suam.

Biasalah pekerjanya semua Melayu tapi tokenya china, tu sebab panggil kopitiam, kalau melayu mungkin dipanggil kopidiam-sebab pelayannya selalu diam je, jarang nak tanya atau nak story lebih.

p/s lepas ni nak gi hantar diorang gi pasar bulat, diorang nak shopping sakan. saya dan isteri tak gi shopping sebab nak simpan duit nak borong keropok lekor di Bukit Tok Beng nanti. Balik hotel dan up-date blog. Diorang shopping selama 2 jam 1/2, sehingga jam 11:30 pagi.

Shopping dalam hujan di Wakaf Che Yeh

Malang skali keadaan hujan dari pagi menyebabkan tidak ramai peniaga yang membuka gerai, sekitar 20-25% gerai sahaja yang beroperasi, semasa kami tiba pada jam 9:15 malam.

Tak ada apa yang boleh dibeli kecuali saya beli sekilo buah bidara (Epal Kelantan).

Kami balik ke hotel jam 11:00 malam.

p/s kalau banyak kedai kompom kami balik jam 3-4 pagi, nak lagi bawa Puan Ayu yang non-stop shopping.

Makan malam di Restoran Horizon, Kota Bharu

Rombongan kami sempat makan malam di Restoran Horizon Kota Bharu, tempahan dibuat semasa kami dalam perjalanan lagi sebelum sampai Kuala Krai.

Kami ambil package 8-9 pax: untuk 10 orang.

  1. Red Tom Yam Soup
  2. Siakap 3 Rasa
  3. Beancurd with salted fish
  4. Butter prawn
  5. Fried chicken in lemon sauce (sayang sosnya cair sikit, kalau pekat lagi kaw)
  6. Chee Chong Fan in oyster sauce
  7. Free refill white rice
  8. Free refill chinese tea and warm water
Kami cuma bayar RM157.00

Ini kali keempat saya makan di restoran ini, memang sedap. Lepas tu nak gi Wakaf Che Yeh plak.