Friday, 31 December 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011.
semua serba baru

dengan

azam baru
buku baru
diari baru

ada yang

rumah baru
kereta baru
handphone baru
yang baru kahwin
dengan isteri baru (baru satu)
awek baru
tugas baru

pendek kata

semuanya baru-baru belaka
 tetapi

ramai juga
yang serba lama

apapun
ucapannya
tetap
Selamat Tahun Baru

Selamat Datang 2011

Selamat Datang

2011


Monday, 20 December 2010

Kemalangan maut Lagi-Paling ramai untuk tahun ini dalam satu kemalangan

 
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga lagi rakyat tempatan. - Foto Berita Harian
Dec 20, 2010 5:28 pm
 
Ketika posting ini dibuat angka korban telah meningkat kepada 28 orang.

Nampaknya ada Mak Menteri yang kena belajar Sekolah Pondok

Islam benar perkahwinan bawah umur
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my
2010/12/20

Mahkamah Syariah pastikan perempuan layak, kebajikan dijaga sebelum beri kebenaran

ISU mengenai perkahwinan bawah umur kembali mendapat tempat untuk dibahaskan. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan pandangan mereka berkenaan isu ini.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, menolak cadangan supaya perkahwinan kanak-kanak bawah umur diharamkan meskipun ramai tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun Siti Maryam baru-baru ini.

Menurut Nazri, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memansuhkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur kerana amalan itu tidak menyalahi agama Islam sambil menegaskan jika agama membenarkannya, kerajaan tidak boleh mengharamkannya.
Perkahwinan Siti Maryam dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.

Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan kira-kira 16,000 gadis bawah umur 15 tahun di Malaysian sudah berkahwin. Pertentangan kenyataan ini sebenarnya manifestasi meletakkan gender mengatasi hukum agama.

Saya mengucapkan syabas kepada Nazri kerana mempertahankan hukum syarak dalam sudut ini. Shahrizat pula seperti biasa meletakkan isu gender melebihi hukum syarak walaupun perundangan Islam membenarkan perkahwinan bawah umur asalkan sudah mencapai umur baligh dan datang haid.

Walaupun perkahwinan bawah umur dibenarkan agama, dari sudut perundangan ia bukanlah secara automatik boleh dilaksanakan. Peruntukan yang jelas ialah jika seorang perempuan bawah umur hendak dikahwinkan, wali hendaklah memohon kebenaran dari Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah akan memastikan perempuan itu layak berkahwin atau sebaliknya dan kebajikan perempuan itu setelah berkahwin juga diberi perhatian. Kebenaran mahkamah bukan dibuat secara semberono tetapi dikawal kaedah hukum syarak dan perundangan Islam.

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan tiada suatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah akta itu jika lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang 16 tahun kecuali jika hakim syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Pada ketika ini kebiasaannya umur 16 tahun itu masih lagi di bangku sekolah iaitu di Tingkatan Empat. Manakala, lelaki berumur 18 tahun mungkin sudah menamatkan alam persekolahan.

Polemik yang timbul ialah pada waktu umur persekolahan itu bagaimanakah pasangan muda ini akan meneruskan pelajaran dan bagaimana pula jika mereka ingin meneruskan pengajian ke pusat pengajian tinggi?

Dengan adanya siasatan terperinci oleh hakim syariah sebelum memberi kebenaran, kemaslahatan dan kebajikan pasangan bawah umur dapat dijaga. Malah, hakim syarie juga boleh mengenakan syarat tertentu semasa membenarkan pernikahan itu.

Dalam banyak keadaan, perkahwinan bawah umur bukanlah atas desakan ibu bapa tetapi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Malah ada antara mereka yang sudah tidak dapat dikawal oleh ibu bapa dan sanggup melakukan apa saja jika tidak dibenarkan bernikah.

Inilah pertimbangan yang perlu disiasat oleh hakim syarie sebelum memberi kebenaran kepada pernikahan pasangan bawah umur.

Justeru, saya berharap Shahrizat yang mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur meneliti kembali peruntukan hukum syarak dan tidak sewenang-wenang membuat gesaan bertentangan undang-undang Islam.
Isu masa depan perempuan muda yang berkahwin bukan perkara yang boleh mengubah hukum. Sepatutnya program sesuai digarap bagi menjaga kebajikan perempuan muda yang berkahwin ini. Undang-undang mestilah disesuaikan dengan agama bukan agama disesuaikan dengan undang-undang.

Pasangan bernikah pada usia muda sepatutnya diberi bantuan dari segi persediaan alam rumah tangga, meneruskan persekolahan atau pengajian dan meningkatkan ekonomi keluarga. Malangnya, bukan saja perempuan muda yang berkahwin tidak dijaga kebajikannya, tetapi wanita dewasa juga banyak mengalami masalah kebajikan mereka terabai.
Tiada pembelaan yang baik kepada pasangan berkahwin sehingga mencatatkan indeks perceraian yang tinggi akibat tiada persefahaman. Kursus praperkahwinan kepada bakal pengantin tidak membekalkan ilmu yang patut mereka miliki untuk melayari bahtera perkahwinan.

Saya berpandangan walau apapun keadaannya, dalam setiap tindakan kita janganlah sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Setiap pandangan kita hendaklah digarap berteraskan kepada agama.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my


Nampaknya mak menteri kita tu kena dalami Ilmu Ugama terutamanya Bab Munakahat, baru boleh bercakap pasal ugama. Kalau taknak jadi bara neraka.

Thursday, 16 December 2010

Nasib Baik yang Baik......

hari ini nyaris kemalangan.........

sedang menunggang motor untuk balik ke rumah dari kerja dalam keadaan hujan renyai-renyai dalam kelajuan 50-60km/h.

sebuah lori kecil warna putih dengan pemandunya seorang melayu lingkungan umur 50-an angkat tangan tanda untuk keluar dahulu pada jarak mungkin dalam 50', perlahan sedikit dan beri ia laluan dahulu

bila ia keluar separuh jalan sampai menghampiri garis tengah tiba-tiba ia berhenti, apalagi kita pun elak dan potonglah, sebab ia berhenti.

rupa-rupanya ia nak melintasi jalan, pada masa tiba-tiba ada 3 buah motor di belakang yang terpaksa buat emergency brake, tapi dengan jalan basah mana mudah berhenti, apalagi kita pun pecut untuk mengelak dari dilanggar dari belakang

bila sampai di traffic light selayang indah, seorang dari penunggang berkata, nasib baik abang pulas, kalau tak kita gedegang, sambil sambung &^%$#@ punya lori, orang dah dekat pun nak keluar melintas.

Ummmh! Nasib baik yang Memang Baik.

Football : Winning

Rule #634


Football is more fun when your team is winning.
 
 
C & P from 'The Wanderers'

Wednesday, 15 December 2010

Luar Negara: Pemandu bomba mengaku sebabkan peladang mati dipijak 100 lembu

Pemandu bomba mengaku sebabkan peladang mati dipijak 100 lembu


 LONDON: Seorang anggota bomba mengaku tindakannya menyebabkan seorang peladang mati dipijak sekumpulan lembu yang terkejut dengan bunyi siren kenderaan bomba.
Julian Lawford mengaku bersalah di Mahkamah Exeter atas dakwaan cuai ketika memandu hingga menyebabkan kematian Harold Lee, lapor pihak media, semalam.

Lee, 75, mati dipijak lembu diternaknya ketika dia membawa haiwan itu di sebatang jalan berdekatan kediamannya di Burtle, Somerset.


Lawford, 49, dari Glastonbury, Somerset pada mulanya menghadapi dakwaan menyebabkan kematian akibat kecuaian tetapi kemudian membuat pengakuan kepada dakwaan lebih ringan dan diterima pendakwa. Kejadian itu berlaku pada Ogos tahun lalu ketika peladang terbabit sedang membawa 100 lembunya dari padang ragut ke tempat memerah susu. - Reuters

Dalam Negara: Jarang atau belum pernah dengar penyebab kemalangan maut atau tak maut dituduh dan dihukum.

Sebenarnya mangsa atau waris mangsa kemalangan yang disengajakan (yang tak ikut peraturandan undang-undang  jalanraya) atau yang tidak disengajakan (menuduh lain-lain perkara yang menyebabkan kemalangan) boleh mendakwa pelaku kemalangan atau penyebab kemalangan di mahkamah (dan boleh claim pampasan pun) terutamanya anak-anak yang jadi anak yatim/yatim/piatu, isteri yang jadi ibu tunggal, ibubapa yang hilang tempat bergantung, suami yang terpaksa jadi bapa tunggal, dan mereka yang terpaksa menanggung kos-kos rawatan dan penjagaan terhadap mangsa samada sementara atau sepanjang hayat.

Diluar negara mereka yang melibatkan diri dalam kemalangan memang terpaksa bergadai untuk membayar pampasan samada kepada mangsa atau waris simangsa.

Kita.....................???

Siswa DKM kecewa diploma belum diiktiraf

Siswa DKM kecewa diploma belum diiktiraf


SEBAGAI seorang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di sebuah institusi pengajian, saya kecewa apabila diploma milik saya masih belum diiktiraf kerajaan.
 
Lebih menambahkan kekecewaan saya apabila diploma itu di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.

Bukan itu saja, ada antara institusi yang menawarkan kursus itu ditubuhkan sendiri oleh kerajaan seperti Kolej Kemahiran Tinggi Melaka dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan untuk mengiktiraf persijilan kemahiran Malaysia ini setaraf dengan aliran akademik pada 23 Disember tahun lalu ketika pembentangan Bajet 2010.

Saya juga difahamkan bahawa sebanyak RM438 juta diperuntukkan untuk Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), selain RM 110 juta untuk pusat latihan kemahiran negeri dan institut latihan terpilih.

Malah, difahamkan, Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 dan ke atas juga akan diiktiraf setaraf dengan aliran akademik.

Bagaimanapun, sehingga kini diploma saya masih belum diiktiraf dan sebagai salah seorang pemegang diploma ini, saya berharap kerajaan dapat membuat kajian terhadap pengiktirafan diploma ini dibuat secepat mungkin seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

PENGAJARAN:

  1. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi telah mencanangkan supaya memastikan Kolej atau Institusi Pendidikan (Awam/Swasta) tersebut telah diberi akreditasi dan sijil, diploma, ijazah atau apapun adalah diiktiraf oleh JPA/SPA.
  2. Perkataan AKAN DIIKTIRAF maknanya belum diiktiraf, jangan percaya dan bermain dengan perkataan akan, ia akan membawa padah, dan anda telah menhidap padahnya.

Tenang lepas peluk Islam

Tenang lepas peluk Islam

KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 peserta terdiri daripada saudara Muslim menyertai Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, baru-baru ini.
Konvensyen sehari dianjurkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), itu bertujuan memperkukuhkan ikatan persaudaraan selain bertukar pendapat mengenai hala tuju kehidupan sebagai Muslim.

Majlis dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, turut dihadiri Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Pengarah Operasinya, Zainal Abidin Jaafar.

Che Mat berkata, pada konvensyen itu, peserta berpeluang mendengar kupasan menarik menyentuh isu saudara Muslim di negara ini menerusi tiga pembentangan kertas kerja.

“Antara pembentang mengambil bahagian ialah penceramah terkenal, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang membentangkan tajuk Pendekatan Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina,” Mengambil tajuk ini secara peribadi, beliau membawa peserta meneliti pengalaman dilaluinya sendiri untuk dijadikan panduan kepada semua,” katanya.

Selain itu, katanya, seorang lagi pendakwah bebas yang mengambil bahagian ialah Muhammad Fitri Abdullah yang berkongsi pengalaman mewakili masyarakat India Muslim di negara ini.
“Penceramah yang bersama kita hari ini mewakili semua kaum yang ada. Jadi kita tidak nampak bagaimana isu tukar agama boleh menjadi satu konflik kerana segala-galanya sudah dihurai dengan jelas pada konvensyen ini,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Nasir Abdullah, 50 berkata, dia bersyukur kerana diberikan hidayah untuk menerima Islam walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya. “Semuanya bermula kira-kira 12 tahun lalu ketika isteri saya mula memeluk Islam. Tetapi pada waktu itu, ibu saya membantah hasrat saya untuk turut menganut agama suci ini. Selepas kematian ibu, saya ke ibu pejabat Jawi dan terus masuk Islam di sana. Ternyata, kehidupan saya kini begitu tenang,” katanya.

Seorang lagi peserta, Shafie Lee Abdullah, 54, berkata, dia gembira dengan kehidupannya sebagai seorang Islam kini selepas hidup tanpa agama sejak dari kecil lagi.

Malaysia Menang 2-0, Piala Suzuki.

Piala Suzuki: Malaysia tewaskan Vietnam 2-0

21:48:20 PM
KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Monday, 6 December 2010

Pendidikan seks di sekolah rendah.

KUALA LUMPUR: Pendidikan seks yang diajar bermula tahun depan di sekolah rendah dan menengah akan menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), selain diajar secara berasingan tanpa menumpang mata pelajaran lain.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, istilah PEERS seperti diputuskan Kabinet pada 2006 akan dikekalkan bagi mengelak kekeliruan berhubung istilah pendidikan seks yang memberi konotosi negatif dan terhad di kalangan masyarakat.

Ha! yang depa akan bertambah puah hati, selepas menghancurkan ramai remaja Islam dengan mengajar pendidikan seks di sekolah menengah. Makin diajar makin menjadi-jadi perkara tak baik, sebab yang diajarpun bukan perkara baik (Baik di mata barat sebab itu memang dah kehidupan mereka).

Yang pelik bin ajaib bin aneh nya di Malaysia yang kita cintai ini menteri pelajaran tak pernah orang cina atau india, tetapi melayu yang mengaku Islam (MELAYU MUDAH LUPA. JADI MELAYU DAH LUPA ISLAM-dari menteri ke timbalan menteri, ke ketua pengarah-MEMANG LUPA DIA ISLAM, mungkin kalimah syahadah pun dah lupa -MASYA ALLAH).

(LUPALAH PULAK MEREKA SEMUA LULUSAN UNIVERSITI SEKULAR)..... PATUT LEEEE

Selepas ini, apa akan berlaku pula..............

KANAK-KANAK PEREMPUAN MELAYU ISLAM PULA AKAN MENJADI MANGSA TIPU DAYA SANG MENTERI DAN TIMBALANNYA UNTUK MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK ITU PULA SELEPAS MENTERI DAN KUNCU-KUNCUNYA BERJAYA MENGHANCURKAN ISLAM DAN IMAN REMAJA MELAYU.

Kita tunggu dan lihat....

tetapi adakah patut kita tunggu dan lihat

SI MUNAFIK DI ATAS MEMPERMAINKAN ISLAM.

SALAM MA'AL HIJRAH 1432H

SELAMAT

MENYAMBUT

MA'AL HIJRAH

1432H

Pesanan dari Al-Imam Al-Ghazali

Yang dekat itu MATI

Yang jauh itu MASA

Yang besar itu NAFSU

Yang berat itu AMANAH

Yang indah itu SOLAT

Yang berkat itu ZAKAT

Yang lazat itu PUASA

Yang tajam itu LIDAH

Sunday, 5 December 2010

Lagi Pelatih OKU diabaikan kerana nak menang talentime.

Satu sumber yang boleh dipercayai telah menceritakan, bagaimana salah sebuah negeri yang JKM dan Jawatankuasanya kemaruk nak menang dalam pertandingan talentime telah mengarahkan pelatih OKU yang tidak terlibat/terpilih dalam talentime bercuti selama 3 bulan (3 bulan! Masya-Allah).

Kononnya mereka yang terpilih perlu mengikuti latihan berpusat untuk menang.

Yang peliknya banyak juga negeri yang PDK nya tidak bercuti atau tidak memaksa pelatih OKUnya bercuti untuk membuat latihan menang dengan cemerlang.

Mungkin juga kemaruk tu termasuk dalam kategori gila (Gila nama nak menang).

Pertandingan Talentime PDK Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada pemenang-pemenang talentime PDK kebangsaan yang telah berlangsung malam tadi.

Talentime yang diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat PDK nampaknya tidak ada bezanyanya dengan talentime yang diadakan diperingkat tadika.

Lebih malang lagi tujuan yang kononnya untuk memberi peluang kepada Pelatih OKU di PDK kelihatan disalahgunakan oleh samada Penyelia PDK dan Petugas-Petugas PDK, mungkin juga Jawatankuasa atau JKM telah tumpang tui di atas apa yang dilakukan oleh mereka, atau Jawatankuasa dan JKM mengarahkan mereka mengambil OKU yang bukan dari kalangan Pelatih OKU PDK.

Kerana, pada ketika diadakan pemilihan untuk peringkat kebangsaan di tempat yang sama, salah seorang Penyelia PDK yang dikenali telah terlepas cakap tentang peserta dari negerinya.

Ini berlaku bila seorang penonton yang datang telah bertanya secara rambang (tidak menujukan kepada sesiapa soalan tersebut) dengan pertanyaan berbentuk pujian "Eh! Bagus juga budak-budak ni menari ek?"
Lalu dijawab oleh seorang Penyelia PDK yang kebetulan terdengar kenyataan tersebut "Alah!, budak-budak dari asrama, memang le pandai" jawapan dengan nada kecewa kedengaran.

Persoalannya... PDK mana ada asrama. Tidak ada satu program PDK pun mempunyai asrama.

Ini menunjukkan, dalam keghairahan untuk menang pertandingan, mereka sanggup menipu, bahkan menidakkan peluang pelatih OKU PDK mereka sendiri untuk menunjukkan bakat.

Dalam pemerhatian, pertanyaan dan risikan yang dibuat sendiri secara langsung atau tidak langsung, bukan setakat negeri tersebut sahaja yang menipu, tetapi beberapa negeri juga melakukan perkara yang sama. Ada antaranya menggunakan pelajar dari sekolah/kelas khas, OKU dari NGO, OKU dari Taman Sinar Harapan dan berbagai tempat lagi.

Tetapi, biasalah! orang nak menang, mereka akan buat apa sahaja.

Nampaknya program untuk mencungkil bakat pelatih OKU PDK hanya ada pada nama sahaja. Penganjur mungkin tidak faham atau tidak tahu langsung untuk menganjurkan program untuk PDK.

Thursday, 2 December 2010

World of Beautifull Bird

MAHA SUCI ALLAH

Maha suci Allah
























POLIS/BOMBA

Polis/Bomba Contact Numbers:

IbuPejabat Polis Daerah Subang Jaya
Telephone: 03 5637 3722
Fax: 03 5631 9815
OCPD Tuan Zanial Rashid bin Hj Abu Bakar

Balai Polis SS17 - 03 5633 2222
C/I Tuan Sulaiman Bin Baputty - 019 3707100
Inspector Tuan Ariffin - 012 5037637

Balai Polis USJ8 - 03 5635 6904
Inspector Puan Chia Bee Chuan - 012 3862255
S/I Tuan Amir - 012 2713294

Balai Polis Taipan - 03 5633 7222
Sarjan Thanabalan - 012 2135377

Balai Polis Putra Heights - 03 5192 2404
S/I Tuan Nordin Bin Mustaffa - 012 3150775
Sarjan Mejar Abdul Wahab Bin Abdullah - 019 3626760

Balai Polis Bandar Sunway - 03 5638 2122
Inspector Tuan Muniandy Rethiah - 012 3579731
Sarjan Mejar Ariffin - 016 9666567

*Balai Bomba Subang Jaya - 03 5634 9444
Asst Supt Tuan Ahmad Majid - 019 2612664


EMERGENCY

999 POLIS/BOMBA/AMBULAN

DO NOT THROW AWAY YOUR 1 CENT COPPER COIN

Something useful…...


We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.
Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem.
Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not let them hatch into larvae.  Very very simple, just put in few 1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems.
Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper.


DON'T BELIEVE, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water.  Your will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

Please Share with friends.



LIPSTICK?????

Survey on LIPSTICK

Buah Beri Acai (buah-buahan Amazon)



Beri Acai (Acai Berry)

Beri acai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Namanya yang pelik, mengingatkan saya kepada salah seorang sahabat EnSyuJin yang dipanggilnya 'Acai'. Saya belum pernah melihat buah beri acai ini dan agak kagum dengan khasiatnya. Sebetulnya, entry kali ini adalah request seorang pengunjung belog (zaza). Semoga bermanafaat untuk tatapan semua.

Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea adalah sejenis buah yang kini mendapat perhatian ramai berikutan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh manusia. Buah beri acai dikatakan berasal dari hutan hujan Amazon. Sebenarnya, buah beri acai ini telah digunakan selama beribu tahun lalu, tetapi ia hanya diperkenalkan pada masyarakat Barat pada tahun 1990. Lapan spesis asli buah beri acai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, iaitu dari Belize selatan ke Brazil dan Peru. Pokok beri acai tumbuh terutamanya di paya dan dataran banjir. Pokok beri acai agak tinggi, mempunyai batang yang kurus dan ramping. Ia mampu tumbuh hingga mencecah 15-30 meter, dengan daun menyirip (pinnate) dan boleh mencapai 3 meter panjang.

Pokok beri acai

Masyarakat yang menghuni hutan Amazon menggunakan beri acai untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Malah, ada yang menggelar buah beri acai sebagai permata rahsia dari hutan hujan Amazon. Buah beri acai diperoleh dari pohon palma. Buahnya berada dalam kelompok dan bergantungan pada dahan-dahan pohon ini. Setiap pohon palma menghasilkan kira-kira 20 kilogram buah yang dihasilkan setiap tahun. Buah beri acai dihasilkan dalam malai bercabang daripada 500-900 buah.

Buah beri acai kecil kira-kira 1 inch (25 mm), berbentuk bulat, berwarna ungu kehitaman di keliling, hampir sama tetapi lebih kecil daripada anggur dan dengan pulp kurang dan bijinya lebih besar daripada biji anggur. Buah ini memiliki biji tunggal yang besar sekitar 0.25-0.40 inci (7-10 mm) diameter. Buah matang adalah warna ungu, atau hijau, bergantung pada jenis Acai dan tahap kematangannya. Kulit buah ini lembik dan tipis, dengan ketebalan konsisten 1 mm atau kurang. Ini mengelilingi isi buah tebal dan keras, yang mengandungi biji yang agak besar, sekitar 80% dari buah.

Beri acai yang dipetik

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Buah beri acai yang telah dijadikan jus dikatakan mempunyai protein lebih daripada telur. Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot. Protein juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.

Jus buah beri acai mengandungi glukosamin. Sebatian ini mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Mampu beri perlindungan pada jantung

Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial. Oksida nitrik dikatakan membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, sekaligus mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.

Selain itu buah beri acai juga kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang dikatakan mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah yang kecil dan besar termasuk vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.

Beri tenaga

Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.

Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.

Buah beri acai mengandungi kandungan lemak yang terdiri daripada asid oleik (56.2% dari jumlah keseluruhan lemak), asid palmitic (24.1%), dan asid linoleik (12.5%). Acai juga mengandungi beta-sitosterol (78-91% dari jumlah keseluruhan sterol). Kandungan minyak dalam buah beri acai mengandungi polifenol seperti oligomer procyanidin dan asid vanillic, asid syringic, asid p-hidroksibenzoik, asid protocatechuic dan asid ferulat, walau bagaimanapun ia menurunkan secara mendadak semasa simpanan atau terdedah kepada suhu panas.


Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia. Kesan anti-pembesaran ini juga terdapat dalam minyak yang diekstrak dari pulp beri acai.

Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah. Beri acai yang dimakan secara mentah telah diuji sebagai laksatif untuk sistem pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan alami.


Jus beri acai

Jus buah beri acai juga dikatakan kaya dengan campuran asid amino perlu dan mineral yang amat baik untuk kekuatan dan penyembuhan selepas aktiviti yang memberi tekanan pada otot. Dengan meminum jus buah beri acai juga dikatakan mampu memberi tenaga selepas melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja seharian. Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.


Perbandingan beri acai dengan buah-buahan yang lain

Membantu menurunkan berat badan

Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu, ia dikatakan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Hal ini terjadi kerana buah beri acai mengandungi antioksidan (zat yang mencegah tekanan oksidatif dan kerosakan sel) yang sangat besar jumlahnya. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik. Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan diet yang tinggi kandungan antioksidan adalah kunci untuk penurunan berat badan.

Berikut disenaraikan beberapa manfaat buah beri acai :
  • penurunan berat badan
  • peningkatan tenaga
  • pencernaan yang baik
  • peningkatan kualiti tidur
  • peningkatan kesihatan mental
  • sistem imunisasi (kekebalan) yang lebih kuat
  • memelihara kesihatan kulit (lebih sihat)
  • awet muda
  • manfaat detoksifikasi
  • membaiki peredaran darah
  • memelihara kesihatan jantung
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan buah beri acai, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

--