Pemandu bomba mengaku sebabkan peladang mati dipijak 100 lembu
LONDON: Seorang anggota bomba mengaku tindakannya menyebabkan seorang peladang mati dipijak sekumpulan lembu yang terkejut dengan bunyi siren kenderaan bomba.
Julian Lawford mengaku bersalah di Mahkamah Exeter atas dakwaan cuai ketika memandu hingga menyebabkan kematian Harold Lee, lapor pihak media, semalam.
Lee, 75, mati dipijak lembu diternaknya ketika dia membawa haiwan itu di sebatang jalan berdekatan kediamannya di Burtle, Somerset.
Lawford, 49, dari Glastonbury, Somerset pada mulanya menghadapi dakwaan menyebabkan kematian akibat kecuaian tetapi kemudian membuat pengakuan kepada dakwaan lebih ringan dan diterima pendakwa. Kejadian itu berlaku pada Ogos tahun lalu ketika peladang terbabit sedang membawa 100 lembunya dari padang ragut ke tempat memerah susu. - Reuters
Dalam Negara: Jarang atau belum pernah dengar penyebab kemalangan maut atau tak maut dituduh dan dihukum.
Sebenarnya mangsa atau waris mangsa kemalangan yang disengajakan (yang tak ikut peraturandan undang-undang jalanraya) atau yang tidak disengajakan (menuduh lain-lain perkara yang menyebabkan kemalangan) boleh mendakwa pelaku kemalangan atau penyebab kemalangan di mahkamah (dan boleh claim pampasan pun) terutamanya anak-anak yang jadi anak yatim/yatim/piatu, isteri yang jadi ibu tunggal, ibubapa yang hilang tempat bergantung, suami yang terpaksa jadi bapa tunggal, dan mereka yang terpaksa menanggung kos-kos rawatan dan penjagaan terhadap mangsa samada sementara atau sepanjang hayat.
Diluar negara mereka yang melibatkan diri dalam kemalangan memang terpaksa bergadai untuk membayar pampasan samada kepada mangsa atau waris simangsa.
Kita.....................???

No comments:
Post a Comment