Tahniah kepada pemenang-pemenang talentime PDK kebangsaan yang telah berlangsung malam tadi.
Talentime yang diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat PDK nampaknya tidak ada bezanyanya dengan talentime yang diadakan diperingkat tadika.
Lebih malang lagi tujuan yang kononnya untuk memberi peluang kepada Pelatih OKU di PDK kelihatan disalahgunakan oleh samada Penyelia PDK dan Petugas-Petugas PDK, mungkin juga Jawatankuasa atau JKM telah tumpang tui di atas apa yang dilakukan oleh mereka, atau Jawatankuasa dan JKM mengarahkan mereka mengambil OKU yang bukan dari kalangan Pelatih OKU PDK.
Kerana, pada ketika diadakan pemilihan untuk peringkat kebangsaan di tempat yang sama, salah seorang Penyelia PDK yang dikenali telah terlepas cakap tentang peserta dari negerinya.
Ini berlaku bila seorang penonton yang datang telah bertanya secara rambang (tidak menujukan kepada sesiapa soalan tersebut) dengan pertanyaan berbentuk pujian "Eh! Bagus juga budak-budak ni menari ek?"
Lalu dijawab oleh seorang Penyelia PDK yang kebetulan terdengar kenyataan tersebut "Alah!, budak-budak dari asrama, memang le pandai" jawapan dengan nada kecewa kedengaran.
Persoalannya... PDK mana ada asrama. Tidak ada satu program PDK pun mempunyai asrama.
Ini menunjukkan, dalam keghairahan untuk menang pertandingan, mereka sanggup menipu, bahkan menidakkan peluang pelatih OKU PDK mereka sendiri untuk menunjukkan bakat.
Dalam pemerhatian, pertanyaan dan risikan yang dibuat sendiri secara langsung atau tidak langsung, bukan setakat negeri tersebut sahaja yang menipu, tetapi beberapa negeri juga melakukan perkara yang sama. Ada antaranya menggunakan pelajar dari sekolah/kelas khas, OKU dari NGO, OKU dari Taman Sinar Harapan dan berbagai tempat lagi.
Tetapi, biasalah! orang nak menang, mereka akan buat apa sahaja.
Nampaknya program untuk mencungkil bakat pelatih OKU PDK hanya ada pada nama sahaja. Penganjur mungkin tidak faham atau tidak tahu langsung untuk menganjurkan program untuk PDK.
No comments:
Post a Comment