Siswa DKM kecewa diploma belum diiktiraf
SEBAGAI seorang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di sebuah institusi pengajian, saya kecewa apabila diploma milik saya masih belum diiktiraf kerajaan.
Lebih menambahkan kekecewaan saya apabila diploma itu di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Bukan itu saja, ada antara institusi yang menawarkan kursus itu ditubuhkan sendiri oleh kerajaan seperti Kolej Kemahiran Tinggi Melaka dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec).
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan untuk mengiktiraf persijilan kemahiran Malaysia ini setaraf dengan aliran akademik pada 23 Disember tahun lalu ketika pembentangan Bajet 2010.

Saya juga difahamkan bahawa sebanyak RM438 juta diperuntukkan untuk Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), selain RM 110 juta untuk pusat latihan kemahiran negeri dan institut latihan terpilih.
Malah, difahamkan, Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 dan ke atas juga akan diiktiraf setaraf dengan aliran akademik.
Bagaimanapun, sehingga kini diploma saya masih belum diiktiraf dan sebagai salah seorang pemegang diploma ini, saya berharap kerajaan dapat membuat kajian terhadap pengiktirafan diploma ini dibuat secepat mungkin seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

PENGAJARAN:
- Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi telah mencanangkan supaya memastikan Kolej atau Institusi Pendidikan (Awam/Swasta) tersebut telah diberi akreditasi dan sijil, diploma, ijazah atau apapun adalah diiktiraf oleh JPA/SPA.
- Perkataan AKAN DIIKTIRAF maknanya belum diiktiraf, jangan percaya dan bermain dengan perkataan akan, ia akan membawa padah, dan anda telah menhidap padahnya.
nasib baik saya cuma ada diploma bayaran bantuan bulanan jer.....
ReplyDeletehe he he....
ReplyDeletebayar kat PDK Selayang...!